Monday, November 27, 2006

MAHA 2006

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2006 November ini menjadi sejarah kerana diadakan di tapak kekal seluas 84 hektar, sekali gus mendapat penyertaan terbesar pelbagai agensi dan syarikat termasuk luar negara. MAHA dianjurkan serentak dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), adalah pentas mempamerkan teknologi serta inovasi terbaru bidang pertanian, agro pelancongan dan hortikultur. MAHA juga adalah acara penting bagi negara dan semakin luas minat dan skopnya juga buat pertama kali menyediakan 'Pavilion Negara Tetamu' untuk memberi peluang negara tertentu mempamerkan kejayaan bidang pertanian termasuk teknologi dan peralatan untuk didedah dan dipelajari pihak terbabit di Mesia.
Hmmm... bagus jugak ada MAHA ni. Sekurang-kurangnya ada jugak event international yang grand kat Mesia yang buat masa ni sepi menyepi ntah kemana...hehehe..Berpusu-pusu org ke MAHA. Susah nak cari parking. Last2 parking kat tepi highway Serdang-Putrajaya. Mai join Kema, Azfa n her sis-in law. Bila sampai ke tapak pameran, Mai dengan yang lain dah letih berpeluh-peluh. Apa taknya...menapak 1km! Sampai terus ke booth carik air...
Dalam banyak2 benda kat situ, mai cuma sempat beli ikan pekasam jer. Hehehe... Bila dah byk sgt ronda... tak tau apa yang dibeli. Kat situ, sempat gak berkenalan cowok dari Bali. Siap promote accessories (rantai, gelang, cincin etc.) kat we all. Dia kata kalu berminat nak jadik wakil jualan dia kat Mesia, leh contact dia... tapi nama and no.hp dia dah cicir.. ;oD