Wednesday, December 29, 2004

SITES VISITS

September until December bz pegi sites. I have to make sure semua parameter dlm audit list complied. Pepagi buta 1st Sept dah tunggu Mickey (anak Prof.Mat) kat dpn umah to pick me up. Then gi jemput photographer Prof Mat kat fakulti. Letih jugak nak kena check satu2 criteria for each parameter. After semua dah finalized, kena pegi semula untuk final auditing. These are some pictures that i've taken during the whole month...


Sunday, November 21, 2004

DOA AMALAN

KEAMPUNAN DAN KEZALIMAN Tafsirannya : "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayani diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya menjadikanlah kami dari orang-orang yang rugi." (Surah al-A'raaf: 23)

DOA UNTUK PENGAMPUNAN DAN KESAYANGAN

Tafsirannya: "Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkau-lah jua sebaik-baik orang Pemberi Rahmat". (Surah al-Mu'minuun: 109)
UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA


Tafsirannya : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa". (Surah al-Furqaan : 74)


MENDAPAT JALAN YANG BENAR

Tafsirannya : "Wahai Tuhanku! Masukkan aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku". (Surah al-Israa' : 80)

KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Tafsirannya : "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". ( Surah al-Baqarah :201)

BAGI MENETAPKAN PENDIRIAN

Tafsirannya : 'Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencari kemenangan terhadap kaum yang kafir'.
(Surah A-li 'Imraan : 147)

DOA MEMULAKAN TUGAS

Tafsirannya: "Ya-Allah aku memohon pada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya".


DOA AKHIR TUGAS


Tafsirannya: "Ya, Allah aku serahkan pada Mu pekerjaan ku dan jiwaragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah".


MENDAPAT KETURUNAN YANG BAIK

Tafsirannya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keterunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". ( Surah A-li 'Imran : 38)

Tuesday, October 05, 2004

HIKMAH SUJUD

Sujud lega sistem pernafasan .MUNGKIN ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia.
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W:

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang

mulia di sisi Allah dan Malaikat serta

diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa!

Sunday, August 22, 2004

MAKAN BESAR

Semalam we all satu family berkumpul buat makan besar. Ada jer projek makan yang nak dibuat. Sekali berkumpul, riuh rendah dibuatnya. Siang tu, tgk movie and main PS2. Yang pompuannya dok kat dapur sediakan bahan2 untuk perap ikan, udang and satay. Bibik Wati and Bibik Sari nampak seronok aritu. Hilang rindu sekejap kat kg halaman diaorg.

Bibik Watie tengah basuh pinggan

Bibik Sari baru lepas buatkan susu untuk sofea



Masing2 tunjuk bakat panggang seafood n bakar satay. Hehe. Budak2 yg kecik pulak sibuk posing dalam umah. Tak sabar nak tunggu makan.

Sunday, May 02, 2004

MUKJIZAT AL-QURAN

Check this out!

Very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:
Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an That mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the word man appears in the Holy Qur'an is 24 and number of times the word woman appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.
Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Holy Qur'an where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of times in Arabic
  • Holy Qur'an Dunia (one name for life) 115
  • Aakhirat (one name for the life after this world) 115
  • Malaika (Angels) 88
  • Shayteen (Satan) 88
  • Life 145
  • Death 145
  • Benefit 50
  • Corrupt 50
  • People 50
  • Messengers 50
  • Eblees (king of devils) 11
  • Seek refuge from Eblees 11
  • Museebah (calamity) 75
  • Thanks ! 75
  • Spending (Sadaqah) 73
  • Satisfaction 73
  • People who are mislead 17
  • Dead people 17
  • Muslimeen 41
  • Jihad 41
  • Gold 8
  • Easy life 8
  • Magic 60
  • Fitnah (dissuasion, misleading) ! 60
  • Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32
  • Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
  • Mind 49
  • Noor 49
  • Tongue 25
  • Sermon 25
  • Desite 8
  • Fear 8
  • Speaking publicly 18
  • Publicising 18
  • Hardship 114 ....
  • Patience 114
  • Muhammed 4
  • Sharee'ah ( Muhammed's teachings) 4
  • Man 24
  • Woman 24
And amazingly enough have a look how many times the following words appear:
Salat 5, Month 12 , Day 365, Sea 32, Land 13
Sea + land = 32+ 13= 45
Sea = 32/45*100q.=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land 100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.
Is this a coincidence? Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this? Reply automatically comes in mind ALMIGHTY ALLAH taught him.
This as the Holy Qur'an also tells us this. please pass this on to all your friends Ayat 87 of Suraa (Chapter) Al-Anbia para 17:
"LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INI KUNTU MINA ZALIMEEN"

Saturday, April 03, 2004

PERUT MERAGAM

Smalam tak dtg kerja @ MC. Sakit perut yg teramat sgt.... Mai salah makan. Rasanya nasik ayam kelmarin punya penangan kot....nasik n ayam dia ok...but tomato n salad dah tak elok kot... Terus call Kak Ziah kat klinik.. mintak ubat. Nak gi klinik kat sini tak larat.. Ptg tu Kak Ziah dtg bwk ubat and MC... So mcm biasa la.. Kena lecture sket.. hehe... nasihat tu berguna...

Monday, March 15, 2004

KENDURI KAHWIN ATEH

Relatives and neighbours datang gotong-royong utk persediaan kenduri. Wah! Ramai yg datang. Saudara jauh yg lama tak jumpa pun ada. Kali ni kenduri kahwin tanpa arwah mak. Sedih pulak rasanya. Selalu arwah yg jd mastermind for kenduri besar mcm ni. Al-Fatihah untuk arwah…AMIN.

Hazim bergaya dengan baju melayu yg baru siap tempah. Gold and cream are the theme colours for the wedding. Ni gamba pelamin yg separuh siap.


Saudara mara yg bz potong daging. Rasanya kenduri mcm ni lagi meriah dari catering, but penat sket la.


My dearests sis in law, bro in law and busu mai tengah basuh ayam


Ni my uncle. Dia tak boleh buat kerja berat. Baru pulih dari sakit. Nampak berisi sket..hehe
Kali ni we all sama2 pakat utk jayakan majlis ni. Nasib baik me and siblings dah ada pengalaman buat events masa study dulu. Preparations smua dah discussed earlier and masing2 dah diberi task. Mai as the only one yg tahu dimana letak smua brg2 (as me yg slalu help arwah kemas umah) kelam kabut gak mula2. Hahaha…sudu kat mana…senduk…pinggan..periuk….selimut, tuala…all the hidden things.. Jap ke depan..jap ke belakang. Asik kena panggil. Mlm tu pancit tak larat. Nasib baik hantaran ateh, mai ngan sisters dah siapkan awal2. Kali ni ada 3 bunga pahar. 2 jenis bunga mai buat n satu jenis lagi Kak Ziah buatkan. So, every weekend we all berkumpul and combinekan sama2. Makcik Saadiah n Shimah pun ada dtg bantu. Ni hanya ada beberapa pics hantaran. Amik ngan palm. Yg lain ada dlm my infected cpu. Dah selamat kena format…gone! Hahaha!!




Pagi 14 March ramai yg tak cukup tido. Kecian my big bro n uncles. Bertungkus lumus masak dengan bantuan big chef@sifu, my dearest Pak Andak. Ari tu mai sempat tido 3jam je. Pukul 4am dah start buat sireh junjung n bunga rampai with Mak Enche. Kelakar sgt pagi tu mata memasing layu je. Tapi ALHAMDULILLAH.. semuanya berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yg hadir. Lepas selesai kenduri, we all smua mengemas sama n poey the bridegroom bz sental periuk2 gaban. After that, ujan turun renyai2 n ramai yg ambil peluang utk tido…zzzz…yang lain kerjakan lauk n kek pengantin.

Friday, February 20, 2004

KENAPA ISLAM KATA JANGAN

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita (yang bukan disengajakan) .
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.
10. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
12. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Sunday, January 25, 2004

CAPE RACHADO

Kali ni mai join trip bang long ke Tanjung Tuan (Cape Rachado). Org portugis bg nama tanjung ni Cape Rachado masa dulu coz masa diaorg conquered Melaka (1511), diaorg nak bina umah api utk guide kapal2 n kebetulan lokasi tanjung ni paling strategik kat perairan selat melaka. Umah api is the oldest kat Mesia.

Siblings Kak Maz (Maria, Kak Ina, Salleh) pun ikut skali. Riuh sikit pegi ramai2. Syok coz semula jenis happy go lucky n adventurous. Paling tak leh lupa masa jungle tracking kat hutan simpan tanjung tuan. SUSPENNYEEE..Sesapa nak rasa suspen tu....pegi la..rasa sendiri..hehehe. Tak leh bg komen kat sini.


Getting there:
By Bus
Kuala Lumpur - Port DicksonKL at Puduraya station using RESTU bus service: RM6.15 one way, 2-hour journey
Kuala Lumpur - Seremban - Port DicksonKL at Puduraya station: RM4.00 one waySeremban at Terminal 1 using Park May bus service: RM2.50 one way, 45-minutes journey

Once in Port Dickson, you can get any of the local buses that travels the coastline route right up to Cape Rachado.
By Taxi
From Port Dickson, a taxi ride takes 35-minute and costs around RM55.
By Rail
You can catch the KTM Komuter train from Kuala Lumpur all the way to Seremban for RM5.70 one way.

From Seremban, you can either catch a bus or a taxi to Cape Rachado.
If you're driving, the turn-off to the lighthouse is near the Kilometre 16 marker. Head down the road for about 2km, and then proceed through the forest reserve for another kilometre to the lighthouse.
From Kuala Lumpur: 60km From state capital, Seremban: 30km From nearest town, Port Dickson: 15km