Tuesday, January 31, 2006

TERLALU ISTIMEWA

TERLALU ISTIMEWA

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Persona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi hadiah
Tiap yang memandang hati jadi salju

chorus
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar seikhlas
Tiada balasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk disampingNya
Mendengar cerita segala rahsia

repeat chorus

Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Terpancar seikhlas
Tiada balasan terus membara

chorus



By: Adibah Nor

Monday, January 30, 2006

BULAN MUHARRAM

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Peristiwa Penting

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17 Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Thursday, January 26, 2006

KAJANG

LAST NIGHT, me and my housemates gi makan sate kajang. Sambut sempena Along yang dapat transfer ke Terengganu...akhirnya dapat juga. Berkat rezeki babynya yang kedua. Then pergi rumah ima kat Sg.Kantan. Lama gak borak ...until 11.30pm. Masa balik, we all sesat coz za bawa keta laju sangat...terlepas simpang ke rumah. Highway kajang yang baru ni memang menconfusingkan kita orang. Last-last we all kuar kat Sg. Long...Jauhnya kita orang terlajak. Nasib baik tak sesat teruk. Hmmm..harap-harap Along akan ingat kat we all and datang ziarah kami di sini. We're gonna miss u UMMI!

Friday, January 20, 2006

ROCK

Smalam za rebus kerang satu kilo & mai lak buat sos kicap untuk cicah. Slurpp!!! Masing2 makan lajuh tu. Abis je makan, terus bukak vcd "ROCK". Crite ni ok gak la tapi agak lembab sket masa tgh and ending crite. Starting dia memang klaka..pecah perut gak tgk...Teringat masa zaman sekolah dulu...Rasa2nye zaman rock kapak ni masa mai darjah 3 kot.. antara scene2 yg klaka are -

SCENE 1: masa si zack tgh ngecat jaket kulit dia ngan liquid paper (teringat masa guna bende alah tu cat beg sekolah) and membe dia plak tgh masak maggi atas api...
SCENE 2: masa berlatih nyanyi ikut keynote kat dlm studio
SCENCE 3: masa curik and jahit sarung krusi bas... memang kapak la..

Tapi crite ni makin lama makin meleret so mai asyik forward je. Satu je yg mai kurang senang is watak kumpulan malaikat maut..kurang sesuai sket!



Harap2 Mesia dapat lahirkan seorang pengarah dan penulis skrip yg kreatif and idea yg bernas untuk hasilkan filem yg berkualiti yang boleh buatkan otak rakyat mesia ni berfikir sket mcm A BEAUTIFUL MIND...asyik2 crite lawak bodoh jer...i mean crite melayu skang ni byk yg buatkan pelakon kita memperbodoh diri sendiri.

Tgk jer crite mami jarum, kuliah cinta, etc. Crite kuliah cinta ni memang memalukan warga U. Ade ke student pakai rollerblade kat area kuliah, fesyen baju pun tak menggambarkan student, style cakap pun asik GUA..LU...And then...student bising dalam kuliah...siap treat special lunch atas roof cafe kolej...nonsense!

Then, kalau kita tgk PGL, watak yg dibawa pelakon mesia langsung tak berkesan except azmil mustapha (wakil panglima demak)... Watak2 best yg lain are alex komang (gusti adipati), christine hakim (Bayan) n slamet raharjo (Patih). Dia org ni pandai bwk watak siap ngan ekspresi muka skali. Tadi mai tgk website PGL, nak ubuh pics for this blog but pic azmil takde! Hmm.. mcm mana ni? Dian yg bwk watak yg tak sampai 2 minit pun boleh ada ni kan azmil (pelakon kita lak tuh)... tak patut...



Friday, January 13, 2006

SOME PICS

Ni pic masa vacation kat sunway lagoon tahun lepas...poey kena guard si keciks mandi... we all lak sibuk melantak nasi ayam.

Thursday, January 12, 2006

AKTIVITI RAYA HAJI

Sehari sebelum Raya Haji tahun ni....tak gi memana. Semua pakat balik kg kecuali Bang Long coz dia balik B. Pahat dulu. Bila sesekali berkumpul reramai, syok gak. Malam raya tu, we all tak tido pun. Penat masak sambal udang, kuah kacang, lodeh and ketupat. Rendang plak Kak Idah dah masak tapi sadisnye rendang dia..hancur. HAHAHA! Masa bukak pintu kreta, we all dah bau rendang..terus masuk ghumah. Beg smua tak ingat nak angkat. Tak sempat nak salam, Kak Idah yg dah sampai awal (coz dia nak buat surprise dengan masak untuk kita org) terus cakap rendang dia failed...Biasalah..jarang masak menu tu. Walaupun hancur, its still the best!! Don't worry coz we all ni balun jer. Malam tu, kita orang beborak sampai ke pagi ngan apak (my lovely dad). Sronok bila denga pengalaman Kak Idah dengan nenek Nyonya (mak kpd apak) coz hanya she and Bang Long jer yang ada kenangan ngan nenek. Macam kekita org ni (Kak Ziah, Ateh and mai) tak sempat coz masa tu kecik lagik. Kalu ingat pun...samar2 jer.
Denga dia crite pasal ikut nenek balik kg melaka...naik bas...Kak Idah crite, nenek nyonya jenis yg suka tolong orang and independent. Walaupun dia tak tahu mana arah nak pegi kalau keluar dari kg...eg. nak ke Seremban n bila nak balik ke Melaka semula, dia rajin tanye org. Sebab tu dia tak pernah sesat. Nenek nyonya & Atuk Sabidin suka tolong orang. Apak mai kata dia ada banyak anak angkat. Sampai ada yang telefon rumah kat Seremban bulan lepas atas jemputan kenduri kahwin but apak mai tak kenal pun. Rerupanya org tu pernah jadik anak angkat atuk and nenek. Kak idah ade gak crite pasal dia takut tido kat umah nenek..biasala..umah kg zaman dedolu..musti ada ruang udara kat loteng..bila nak tido, mata dia terkelip-kelip coz arah tido musti ngadap lubang tu. Dah la banyak crite pasal polong, pontianak, langsuir, antu kum kum, harimau/ serigala jadian, toyol etc...W/pun camtu, dia kata sronok! Kak Idah crite pasal nenek masak sedap! Crite pasal Atuk Sabidin tak banyak coz masa tu, Kak Idah kata atuk tak banyak cakap.
Then we all denga crite pasal suasana kg masa dulu....jalan masuk ke kg cuma denai kecik aje. And jalan ke laut cantik..suasana hijau...Dia kata pernah ikut nenek masuk dusun, then hujung dusun tu ada tebing tinggi..dekat situ boleh tengok laut. Dia kata cantik sangat tapi dia dah tak ingat mana tempat tu..Jelesnye bila we all denga. Masa dulu tiap kali dia and Bang Long on dway ke laut, dia orang musti singgah ghumah Bik (kakak apak). Bik masa dulu bertugas jaga barn...Dia kata barn tu besar sangat (macam rumah British zaman dulu) and terletak dekat ngan tali air. Bik ngan anak2 dia tinggal kat situ. Rumah tu ada satu lorong and kat lorong tu ada byk pintu bilik. Bilik makan, dapur and ruang tamu pulak macam tersorok...Kak Idah kata suspen gak kalu tinggal dalam bilik kat situ sengsorang... Skang ni ghumah tu dah tak ada dah...kena roboh. Mai rasa masa kecik dulu pernah la nampak barn tu...
Masa gi ke tali air, Kak Idah kata dia n Bang Long suka terjun dalam tu masa dulu walaupun tak pandai berenang...siap nyelam lagi. Tapi bila rasa nak tercungap tu..cepat-cepat naik ke atas...Klaka masa denga dia crite bende ni siap ngan ekspresi muka skali.
Then lepas Kak Idah crite, Apak lak mulakan mukadimah dia....hehehe. Apak crite pasal org kat kg dulu ramai yg pandai bertukang. Crite ni keluar lepas Kak Idah tanye pasal kenapa org kg dulu masa kawin, siap bawak patung burung besar iring pengantin (masa anak buah apak kawin). Apak kata org dulu memang suka mengukir and kebetulan masa dulu pengaruh hindu masih lagi diamalkan. Tapi skang dah tak ada la. Masa dulu lepas kenduri kawin, ada joget lambat. Pentas joget lambak tu dia org buat dalam bentuk kapal...siap ada layar lagik. Reramai gotong royong potong kayu, ukir and bentukkan dia sampai jadi macam kapal. Bahagian atas kapal tu dia org jadikan pentas utk menari...(mai rasa maybe sebab pengaruh kapal ni asal dari bugis yg memang suka berlayar...tu yg buat bentuk kapal tu kot...agaknye la).
Bab yang paling best, apak crite pasal dia masa kecik2 dulu. Masa zaman apak sekolah dulu, kelas dia kecik je...guna pun ikut giliran. Ada yang buat kelas open air bawah pokok with satu papan tulis. Zaman tu, bebudak ramai yang ponteng. Then, utk elakkan dia org ni ponteng,...cikgu pun bercerita Hikayat 1,001 malam...bebudak kat kg punye lah seronok bila denga crite tu.. Yg sadisnye, cerita tu asyik bersambung-sambung (biasalah 1,001 cerita..hehehe), so kelas tu musti fenuh tiap kali sampai time cikgu tu mengajar tapi kelas cikgu lain...dia org ponteng... Banyak gak la yg apak cerite..tapi banyak yg kelaka...
Pagi Raya Haji tu, Bang Long sampai dari B. Pahat. Awal gak dia sampai coz mai dah ckp kat dia kalu boleh solat raya musti kat Seremban. So, pagi tu kita org breakfast sesama. Masa makan tu, kita org crite apa yg kite org bualkan semalam....Bang Long mcm tak puas ati coz dia tak dapat join... Ada ke dia suruh kita org rewind balik apa yg diceritakan malam semalam. Kecian. Lepas makan, yg lelaki termasuk anak buah semua gi solat raya. Kita org lak dok lepak letih coz tak cukup tido. Tengahari, apak bwk cucu2 kesayangan dia gi nengok org sembelih lembu supaya bebudak ni ada pengalaman and kenangan sempena sambutan HARI RAYA QURBAN tahun ni...

Sunday, January 01, 2006

TAHUN BARU

Mood sambut tahun baru 2006 ada kureng sket....apa taknye..MAI kena MUMPS!! Sedih sangat...My face look like a chipmunk!! Memula masa bangun pagi..rasa tengkok sakit...badan pun panas, fenin kepala..macam nak demam jer. Then bila gi kat cermin, terkejut tgk my jaw and neck swell teruk! Then, panic semacam.

Mai terus call kak ziah and she gave me MC for 6 days.... dia ckp bahaya kalau org dewasa kena coz lambat nak baik berbanding budak kecik. Nasib baik ubat free..hehehe... Tapi sakit...sakit gak...Mungkin ada hikmah disebaliknya. Masa sakit, mai rasa rindu sgt kat arwah mak. Masa sakit, arwah yg jaga... peluk...cium... Skang ni, kena jaga diri sendiri. Siblings ada gak ajak gi umah dia org tapi takut dia org berjangkit lak... So, tinggal la kat umah sengsorang. Al-Fatihah untuk arwah.....

Malam tahun baru tu rasa lonely sangat. Then, mai call ateh. PUNYA LA TENSEN!! APA TAKNYA...DIA GI KONSERT PETER PAN KAT STADIUM MERDEKA! TAK AJAK PUN! MARAH SANGAT! DIA GI NGAN POEY....Denga gak suara poey kata dia nak pusing balik amik mai tapi ateh tak bagi. DIA KATA JALAN JAM TERUK!! Yg kelakanye masa tepon tu, leh lak terlupa yg empunya diri ni tgh sakit teruk...hehehe..

Then, ateh janji gi window shopping and blanja mai makan kat KLCC esoknye.. Ooo....Pandai pujuk yer... Sakit pun...sakit la....mai pegi gak KLCC...hehehehehe.