Monday, March 15, 2004

KENDURI KAHWIN ATEH

Relatives and neighbours datang gotong-royong utk persediaan kenduri. Wah! Ramai yg datang. Saudara jauh yg lama tak jumpa pun ada. Kali ni kenduri kahwin tanpa arwah mak. Sedih pulak rasanya. Selalu arwah yg jd mastermind for kenduri besar mcm ni. Al-Fatihah untuk arwah…AMIN.

Hazim bergaya dengan baju melayu yg baru siap tempah. Gold and cream are the theme colours for the wedding. Ni gamba pelamin yg separuh siap.


Saudara mara yg bz potong daging. Rasanya kenduri mcm ni lagi meriah dari catering, but penat sket la.


My dearests sis in law, bro in law and busu mai tengah basuh ayam


Ni my uncle. Dia tak boleh buat kerja berat. Baru pulih dari sakit. Nampak berisi sket..hehe
Kali ni we all sama2 pakat utk jayakan majlis ni. Nasib baik me and siblings dah ada pengalaman buat events masa study dulu. Preparations smua dah discussed earlier and masing2 dah diberi task. Mai as the only one yg tahu dimana letak smua brg2 (as me yg slalu help arwah kemas umah) kelam kabut gak mula2. Hahaha…sudu kat mana…senduk…pinggan..periuk….selimut, tuala…all the hidden things.. Jap ke depan..jap ke belakang. Asik kena panggil. Mlm tu pancit tak larat. Nasib baik hantaran ateh, mai ngan sisters dah siapkan awal2. Kali ni ada 3 bunga pahar. 2 jenis bunga mai buat n satu jenis lagi Kak Ziah buatkan. So, every weekend we all berkumpul and combinekan sama2. Makcik Saadiah n Shimah pun ada dtg bantu. Ni hanya ada beberapa pics hantaran. Amik ngan palm. Yg lain ada dlm my infected cpu. Dah selamat kena format…gone! Hahaha!!




Pagi 14 March ramai yg tak cukup tido. Kecian my big bro n uncles. Bertungkus lumus masak dengan bantuan big chef@sifu, my dearest Pak Andak. Ari tu mai sempat tido 3jam je. Pukul 4am dah start buat sireh junjung n bunga rampai with Mak Enche. Kelakar sgt pagi tu mata memasing layu je. Tapi ALHAMDULILLAH.. semuanya berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yg hadir. Lepas selesai kenduri, we all smua mengemas sama n poey the bridegroom bz sental periuk2 gaban. After that, ujan turun renyai2 n ramai yg ambil peluang utk tido…zzzz…yang lain kerjakan lauk n kek pengantin.

Friday, February 20, 2004

KENAPA ISLAM KATA JANGAN

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita (yang bukan disengajakan) .
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh dating bila-bila masa.
10. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
12. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Sunday, January 25, 2004

CAPE RACHADO

Kali ni mai join trip bang long ke Tanjung Tuan (Cape Rachado). Org portugis bg nama tanjung ni Cape Rachado masa dulu coz masa diaorg conquered Melaka (1511), diaorg nak bina umah api utk guide kapal2 n kebetulan lokasi tanjung ni paling strategik kat perairan selat melaka. Umah api is the oldest kat Mesia.

Siblings Kak Maz (Maria, Kak Ina, Salleh) pun ikut skali. Riuh sikit pegi ramai2. Syok coz semula jenis happy go lucky n adventurous. Paling tak leh lupa masa jungle tracking kat hutan simpan tanjung tuan. SUSPENNYEEE..Sesapa nak rasa suspen tu....pegi la..rasa sendiri..hehehe. Tak leh bg komen kat sini.


Getting there:
By Bus
Kuala Lumpur - Port DicksonKL at Puduraya station using RESTU bus service: RM6.15 one way, 2-hour journey
Kuala Lumpur - Seremban - Port DicksonKL at Puduraya station: RM4.00 one waySeremban at Terminal 1 using Park May bus service: RM2.50 one way, 45-minutes journey

Once in Port Dickson, you can get any of the local buses that travels the coastline route right up to Cape Rachado.
By Taxi
From Port Dickson, a taxi ride takes 35-minute and costs around RM55.
By Rail
You can catch the KTM Komuter train from Kuala Lumpur all the way to Seremban for RM5.70 one way.

From Seremban, you can either catch a bus or a taxi to Cape Rachado.
If you're driving, the turn-off to the lighthouse is near the Kilometre 16 marker. Head down the road for about 2km, and then proceed through the forest reserve for another kilometre to the lighthouse.
From Kuala Lumpur: 60km From state capital, Seremban: 30km From nearest town, Port Dickson: 15km

Friday, November 28, 2003

HAPPENING WEEKEND



Seronok semua berkumpul di Seremban. Happening betul!! Bila sekali-sekala berkumpul ramai2 mcm ni, berbual sakan, makan besar and tgk vcd.

Monday, October 06, 2003

RENUNGKAN BERSAMA

Quote:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Terjemahan ayat 26 Surah An-Nur).
Terjemahan Hadis 1 Imam Nawawi Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Antara pengajaran hadis(ringkasan): Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata:
"Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat."
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Friday, September 19, 2003

VACATION

Kutip data punya pasal, mai join Kak ziah, Ateh, Bang Yanz and Poey ke Fraser's Hill. Sini la satu-satunya tempat vacation yg paling mai suka....calm n quiet..dah 4 kali rasanya ke sini. Sempat pergi memanah and pergi lepak kat air terjun. Lepas selesai snap some pictures and gathered information at WWFM, we all ronda2 sekitar fraser. Cuci mata tgk rumah2 kat situ... sempat gak la berangan nak tiru english design bila dah mampu nanti..hehehe...semua dlm kreta tu satu kepala. Mlm tu smua bermalam kat Silverpark. Dok sana 2 hari..

Ni tgh kontrol kesejukan...tu yg keras je.. Hmm..nampak berisi sket...

Wednesday, September 10, 2003

CAFE BINTULU

Semua nampak tensen je lepas abis exam...Apa la yg Rahman Mardi pikir tu. .hehe Jaya pulak nampak termenung jauh.. Apa-apa pun, makan yg penting. Semua ni kelaparan lepas guna byk tenaga nak jawab tiga exam paper yang susah. W/pun open book, buku-buku tu jadik perhiasan je atas meja.















Ni gamba sebahagian dari coursemates Mai from Bintulu.. Ni semua dtg ke meja makan Mai sebab nak bodek la ni because mai yg jaga test one of three papers. Actually paper tu mai dah amik with senior last semester.. Sorry la ye. Tak dapat nak tolong. Prof.Nor yg tanda paper tu, Mai tolong jaga jer..hehehe















Lepas penat berjalan di sekitar Bintulu, we all buat gathering at one of private club in Bintulu. Masa ni we all tgh tolong Tuan Syed pilih lagu karaoke. Sambil tu denga coursemates from ALAM berduet ngan Prof. Nor. Prof. Mat pun nyanyi gak mlm tu...sakan betul dia org ni. Mai jadik pendenga je mlm tu. Masa tu lapar sgt... dia org serve makanan lewat.
(From left: Mai, DSP Tuan Syed, DSP John Doe from Sabah (lupa nama) and En. Rahman (sony))

Sunday, September 07, 2003

SIMILAJAU









These pictures were taken masa Mai di Bintulu. Lepas selasai FINAL PAPER at Campus Bintulu, we all ke Taman Negara Similajau. Nak lepaskan tensen lepas penat study...

(From left: Aziz (DOSH), Mai and Rahman (SONY))
















(From left: Mai, Salim (friend from Oman) and Aziz (DOSH))























Tuesday, May 27, 2003

GRATITUTE IN THE FACE OF CALAMITY

By Imam Zaid Shakir

In The Name of God, Most Gracious, Most MercifulIf you express gratitude for my blessings, I will increase you in them. [Al-Qur’an 14:7]
The failings of humans in the aftermath of the destruction wreaked by Hurricane Katrina are many. Unfortunately, they are too easy to identify. On the other hand, there are many blessings, which the situation along the Gulf shore serves to highlight. Most of those blessings are things we take for granted. They often times go unnoticed, and therefore, unappreciated. In light of the difficulties facing so many of our fellow citizens in the affected areas of Louisiana, Mississippi, and Alabama, we should all take time to thank God for His many and abundant blessings.
First of all, let us thank God that He inspired so many people to risk their lives and health to save thousands of individuals who were trapped in New Orleans and elsewhere. Let us thank God for the kind souls who have opened their hearts and homes to receive those who have been misplaced by the storm. Let us thank God for the countless merciful souls who are inspired to spend their money to assist those who have been displaced from their homes. Let us thank God for those working tirelessly to connect lost children, the elderly, and physically challenged with their families.
When we awake in the morning and the lights come on to guide us around the house as we prepare to start our day, let us thank God. When we relieve ourselves and we find the means to remove our waste far from our homes let us thank God. When we drive by our rivers and streams, and find that most of them are not soiled by untreated raw sewage let us thank God. When we return home to warm meals, a clean change of clothes, and loving, intact families, let us thank God.
As we survey the aftermath of the storm let us thank God that the devastation was not worse. What would the damage had been had not Katrina weakened from a Category 5 storm to a Category 4 just before making landfall? What would the damage had been if the eye of the storm had passed directly over New Orleans, instead of turning towards less populated areas? What would have resulted if the flooding in New Orleans had been immediate and occurred at the height of the storm, in the middle of the night as people slept or were surrounded by total darkness? Let us thank God that so far the death toll in Louisiana is in the hundreds and not the thousands as predicted.
Let us thank God for blessing the overwhelming majority of us with health, sustenance, services, homes, and family. Let us thank God for showering His Mercy upon us in ways great and small. Let us thank God for blessing us to understand a purpose for our lives at a time when many are spiritually lost. This latter point is a blessing of unimaginable import.
Finally, let us be pleased with God’s Decree no matter what it contains, for no matter what it contains, His Decree brings good for the believer. Let us also thank God for the gift of faith. Faith allows us to deal with the calamities of this world with dignity and composure. Our Noble Prophet reminds us,

Truly amazing is the affair of the believer. His affair only contains good.
That realization only occurs for the believer.
If he is blessed with good he thanks God and in that there is good.
And if he is afflicted with difficulty he patiently endures and in that there is good.
Sahih Muslim #7425
What You Can Do
1. Ramadan is coming. This is a month of charity and giving. Every Muslim, young and old should set aside a dollar a day for each day of the fast. At the end of the month, Muslims in a single area or those who frequent a particular Mosque should pool their monies and send them to a reputable relief organization that is working with the survivors of the Gulf disaster. The money can also be given directly to displaced storm survivors who have settled in your area. The names and addresses of such individuals can be obtained from one’s local Red Cross, or City Hall.
We can recommend that you send the money gathered at the end of Ramadan to: Islamic Relief / PO Box 6098 / Burbank, CA 91510 / 888.479.4968 / Tax ID #95-4453134.
2. The Night of Power (Laytul-Qadr), 27 Ramadan, is one of our most blessed nights. Usually, the mosques are full on that night. We should undertake fundraisers in every Mosque in America on that blessed night and donate the proceeds to the survivors of Katrina.
3. Zakat, our binding annual charity, is usually given in Ramadan. There are valid Islamic opinions that this money can be given to non-Muslims in the category of “those whose hearts can be favorably disposed towards Islam (Mu’allafa Qulubuhum).” For those who do not accept this opinion, there are many Muslims who lost everything in the aftermath of the storm. We will endeavor to develop a list of their names and a means to get money to them. We should all donate a percentage, if not all, of our annual Zakat to those affected by the storm and its aftermath.
These are practical measures within all of our means, God-willing. We should rise to the occasion and show this country the good that is in our community. Resolve to undertake one or all of these measures now. May God bless you and bless all of those legions of good, ordinary people who have shown extraordinary kindness and courage in assisting those affected by the great disaster that has afflicted the Gulf coast of this country.
Imam Zaid Shakir

Wednesday, May 07, 2003

Surah Al-Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.