Mlm tadi mai ngan housemates..duduk bercerita sampai ke pagi. Biasa la nak puasa esok..tak saba nak sahur. Tgh excited bercerita, dia org tetiba buka topik pasal raya. Hmm..tiba-tiba rasa sebak sgt. Mai teringat kat arwah mak. Rindu sgt. Actually three of my new housemates ni tak tahu yg mak mai dah meninggal dunia 4 tahun yg lepas.
Semua seronok cerita pasal masakan mak...pasal pagi raya..Mai tak tahu nak cerita apa...takde apa yg nak diceritakan...hanya crite pasal Apak (my dearest father) and about my siblings... Tak tahu la dia orang perasan atau tak. Last year, raya pertama mai sorang2 kat umah..yg lain ke umah mentua n apak ke umah makcik di Bahau (my dearest stepmom). Mai sengaja takmo ikut.. saja nak duduk kat umah..kemas2 apa yg patut and buat preparation utk sambut diaorg semua bila sampai seremban nanti. Kat umah rasa tenang... jer. Masa tu teringat la kenangan manis masa dengan arwah. Buat kuih sesama, kacau dodol, buat kerisik...jahit langsir...hmmmm..
Walaumacamanepun mai rasa puas coz mai dapat berada disisi arwah semasa arwah mula sakit hinggalah ke saat yg terakhir. Tak sangka sikap mai yg degil utk habiskan degree awal satu semester dengan kredit yg banyak dan subject yg berat tanpa hiraukan nasihat lecturers rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Selepas satu bulan mai konvo, arwah disahkan mengidap barah hati. So, mai nekad luangkan sepenuh masa untuk bersama arwah. SAYANG MAK....AL-FATIHAH untuk arwah...